blablablog

of facts and craps, news and views

Hari ni
Aku rasa macam nak hilang.

Nak hilang dari semua orang
Nak hilang dari korang korang
Nak pergi tempat takde orang kenal
Buat salah pun, takkan ada rasa kesal
Tempat ni buat aku rasa sesak
Perut senak, tekak muak

Aku sebenarnya macam dah letih
Ingatkan dah berjalan, tapi masih bertatih
Dah cuba berlari, tapi tak sampai-sampai
Dah cuba berenang, masih terkapai-kapai

Ini hidup aku, aku yang kena urus
Tapi aku mcm tak bole fikir dengan lurus
Benda kecik, nampak besar
Benda halus, nampak kasar

Mungkin aku perlukan sokongan
Mungkin bantuan, mungkin pertolongan
Yang tengah memberi memang ada
Tapi aku tak tau sampai bila

Sebab mak penah cakap, orang akan berubah
Hari ni baik, esok hilang dah
Walaupun aku benci nak mengaku
Aku rasa aku pun kadang-kadang macam tu

Aku bukan nak perhatian seratus peratus
Kan aku dah cakap, aku takleh fikir lurus
Cukuplah dengan orang berbisik kat aku dan pesan
'Takyah hilangkan diri, kitorang kan ada, kawan-kawan'


+faliqfahmie

2 comments:

OMG I LOVE THIS POST!!

faliq, hang in there.
don't disappear.
kawan2 kan ada =)

-Shad

Related Posts with Thumbnails

Followers

About The Blabber

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
he's just another joe you happen to meet on the streets, in your bio class, in the elevator of your apartment. you know him, and soon will forget where did u meet him. he's insignificant like that :)
There was an error in this gadget

Recent Comments

ShoutBox


ShoutMix chat widget