so semalam aku rasakan macam ada perubahan pada diri aku. bukan perubahan dari segi suara menjadi lebih jantan mahupun gatal-gatal nak tumbuh bulu di sesetengah tempat, tapi perubahan dari segi sikap, sifat dan habitat aku.
semuanya terjadi selepas proses pembersihan rumah semalam. aku berjaya mop lantai satu rumah, mop lantai toilet, sental lubang jamban, kemas katil, lipat baju dalam wardrobe, buang sampah, kemas peti ais, lap tingkap dan tv, dan susun kasut. setelah sekian lama aku duduk kat uma ni. so terasa satu pencapaian peribadi yang memberangsangkan. aku rasa macam aku dah jadi orang yang teratur dan tertib dalam kehidupan. ditambah2 lagi setelah kemenangan chelsea ke atas arsenal mlm tadi, segalanya berlaku seperti yg dirangka.
pagi tadi aku mulakan hari baru aku. biasanya aku akan tekan butang snooze sebanyak 8 kali. tapi pagi ini hanya 4. perubahan. aku tiba di pejabat 8.10am. biasanya dalam lingkungan 8.30 - 9.00. perubahan. aku mula menyukai perubahan ini.
kerja-kerja yg diberi bos aku siapkan dengan tenang tadi. assigments yg diberi tadi juga aku siapkan separuh, walaupn biasanya aku tak buat lansong. perubahan. sepanjang office hours aku tak bukak facebook pun. kental. perubahan. aku tahu aku akan menjadi manusia lebih berguna kepada kompeni dan negara dengan sikap sebegini cemerlang dan tampan.
petang lepas kerja aku cadang untuk kembali aktif berjoging. lelemak di perut harus disingkirkan sebelum ia tepu dan sebati. aku beli sebuku roti wholemeal. boikot nasi, makanan fastfood dan makanan berminyak utk sebulan. aku perlu kembali jalani hidup sihat. aku mesti.
jam pukul 6. krisis2 di tempat kerja aku tangani dengan professional. masa untuk pulang. misi harus dilaksanakan.
+++++++++++++++++++++
aku terjaga pukul 7.20pm.
jogging tah ke mana, hidup sihat tah ke mana.
aku tulis entry ni sambil mengunyah double cheese burger sambil menyumpah ketidaktegasan diri.
hampeh betol. kejap je rupenye perubahan ni. -_-
1 comments:
hahhah...xpe,rome wasn't built in a day :D
keep it up
Post a Comment