So saga brader John Terry yang panas di media-media elektronik, di dada-dada akhbar dan dada-dada penyokong Chelsea macam aku berakhir hari ni dengan Pakcik Capelo menggugurkan title kapitan squad England dari brader John secara serta-merta. Dan paling best Pakcik Capelo hanya perlukan 12 minit utk melakukan aktiviti cantas yg kejam itu. Fuh, 12 minit bai. Meeting makcik-makcik Rukun Tetangga yg bincang pasal aktiviti marhaban di kawasan perumahan pon paling koman satu jam.
Pendebatan tentang pengguguran brader John sangatlah panas di England, ada yang sokong dan ada yang ragui (standard la kan). Yang sokong sangat brader John ni kena lucut jawatan kapitan biasanya fan-fan Mancister United dan Libeful, mahupun Queens Park Rangers, yang denki sbb brader John jadi kapitan, dan dorang nak player dorang yg jadi kapitan England. Yang sapot brader John untuk menten getah lengan (armband) biasanya suporter Chelsea mcm aku, dan brader-brader yang sokong aktiviti pencurangan terhadap bini dengan model bra. Heh, sinis bukan.
Walau ape pon, pakcik Capello dah buat keputusan. Sebarang demostrasi jalanan dengan memegang kepala lembu tidak akan dilayan. Walaupun aku rasa sedih dan sedikit keciwa, tp ini pengajaran kepada brader John, dan juga player-player lain, untuk sentiasa menjaga perilaku dan tatatertib diri ketika di luar padang. Kita baru tengok encik Harimau Hutan dengan cerita skandal beliau dan betapa kejadian begitu sangat menjejaskan nama baik encik Rimau dan daripada saorang idola, menjadi bahan jenaka di kedai kopi dan pantri pejabat.
Well apparently England's armband is not the only thing that John has lost. Respects, friends, fans, some sponsorship deals and might as well his wife.
Aku cuma harap bendalah ini tak menjejaskan mutu prestasi brader John sewaktu memakai jersey biru Samsung. Mutu prestasi time pakai jersey putih tiga singa aku tak kesah sangat sbb aku tak sapot England pon, aku sokong Jerman bebeh. Dan harapan aku, brader John dapat pujuk bini dia supaya jgn sign surat cerai tu. Tu yang beliau sanggop tak main utk match FA Cup lawan Cardiff, dan pegi Dubai utk pujuk kak Toni yg merajuk ala-ala manja kat sana. Good luck John.
0 comments:
Post a Comment