ku lalui tiap hari dan hari
untuk mengisi kelongsong-kelongsong memori
akan ada cerita untuk dikongsi
akan ada kisah untuk dipelajari
tiap kelongsong ada cerita
ada ceria, ada yang lara
jangan pernah buang semua
suka duka, semua ada makna
ada rakan pernah bertanya
kan elok dibuang saja
cerita lama yang bawa duka
hanya memberi perit di dada
aku senyum, "wahai sahabat,
kan yg tawar itu selalunya ubat,
ubat yang buat kita jadi kuat,
ubat untuk kita selalu beringat"
kelongsong-kelongsong ini juga sangat bermakna
untuk mengingatkan jikalau terlupa
waktu berubah, manusia pun juga
perasaan, sifat, mungkin dah tak sama
itulah guna kelongsong-kelongsong ini
untuk manusia mengimbas kembali
tangan yang mana membantu berdiri
jiwa yang mana pernah menyakiti
kelongsong-kelongsong ini tidak akan penuh
kekuatan ingatan ini cuba untuk tidak jenuh
kerana cerita suka duka, ini cerita aku
untuk diceritakan kepada anak cucu
0 comments:
Post a Comment