salah satu perkara yg aku suka kompeni aku skang, dorang jaga welfare employee dorang.
sebagai contoh, kami dibekalkn dgn satu peket besa milo 3 in 1 tiap bulan. sangat berguna kalau time sengkek gaji tak masuk lagi, so bole bawak biskut kering dari rumah, simpan dalam beg laptop, petang2 buat milo dan cicah biskut sambil kunci pintu tak kasi orang nampak.
tp sebab aku ni dalam kategori manusia pemalas nak buat milo, satu peket besar tu mesti tak habis. aku rasa skang ada la dalam 4-5 peket lagi yg belum dibukak. bulan lepas aku baru kasi 1 peket kat Kak Hamidah, cleaner kitorang. rajin Kak Hamidah ni. buangkan sampah dari tong sampah aku, lap meja, kabinet aku, vakum kapet. buat kuih pon tere. aku denga mengurut pon dia tere. tp aku tak berani nak tanya.
dan dah mmg kebiasaan aku dari kecik, aku mmg suka ratah milo. kalau dulu, makan dgn roti.
masa kat asrama, tuang milo serbuk separuh gelas, letak air panas 2 titik, kacau. pastu makan. sdap bai. macam hot chocolate.
so tadi aku pon selamba turun bawah jumpa amoi jaga akaun sbb ada hal sikit. pastu pakcik yg kerja admin ni nampak la aku ratah milo peket ni. sambil berkata
"oh kamu pun suka makan milo ratah ya"
aku balas secara jinak dan matang "ya"
dia balas "sama la dengan saya masa muda-muda dulu"
aku pun senyum. bagusla perbuatan tak bererti aku ni dah membangkitkan nostalgia pakcik ni. so aku dah buat dia happy, mesti aku dapat pahala.
tapi boleh plak dia sambung lepas tu tanpa segan silu dan syak wasangka "tapi lepas tu saya tak buat dah. lepas kena kencing manis. sebab ratah milo la"
zas. aku pun senyum kelat. terima kasih pakcik admin.
lantas naik atas sambung buat kerja.
++++++++
petang tu aku kasi Kak Hamidah 3 peket besar milo aku.
"nah, hambik la kak. saya mmg tak minum milo."
4 comments:
dulu slalu la ratah milo, skrg ni siap ada paket segera lg, lagi masyuk..haha ;D
lagi senang di bawa ke mana sahaja.
tapi lepas kene sound dgn pakcik admin, insaf sebentar bersama kitkat
yummy! tapi lynn ada baca satu artical, kalau kita ratah milo KERAP! taik leh kerass wooooo! hehehehe. oppss. sorry.. ahasa kasar sikitt.
;-)
hahahaha censored
Post a Comment