blablablog

of facts and craps, news and views

tetibe aku rasa nak bercakap pasal pantang. bukan pantang kaum ibu-ibu lepas bersalin, mahupun pantang bapa-bapa ketika isteri mengandung, apetah lagi ucapan 'pantang sungguh saya melihat gadis berhot pants hijau begitu. teruja!'. bukan yang itu. tapi pantang larang yang mak-mak, nenek-nenek, mak long mak ngah kita selalu tegur kalau kite ter langgar pantang itu.

benda alah ni ditrigger dengan perbualan aku dgn mak aku melalui fbchat semalam. (well aku kat sarawak, mak aku kat kl, so fbchat je tempat kami menyimpan dalam sentuhan).

ibu: along buat apa? (take note ayat skema beliau)
aku: baru lpas mandi. lek lek je. sambil potong kuku
ibu: ish. kan tak baik potong kuku malam-malam.
aku: hm. tapi, mengapa bu? (macam iklan susu)
ibu: ibu pun tak tau. tapi baik jangan.
aku: -_-"

larangan memotong kuku di waktu malam ni antara pantang larang melayu yang aku telah dibesarkan oleh. kalau kecik2 dulu, lepas kena sound pasti insaf seraya menonton doremon di tv1. skang ni bila dah besa sikit, aku mula bertanya relevansi kepada pantang larang yg apparently kite sangat taksub.

  • anak dara jgn nyanyi kat dapor time masak, nanti dapat laki tua.
  • jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk.
  • jangan makan dalam periuk, nanti susah dapat rezeki.
  • kalau time buang air besar, jangan meludah, nanti gigi patah dalam masa terdekat.
  • kalau meniarap, jangan menyabung kaki, nanti mak mati.

korang nampak tak kemerepekkan yang telah berlaku di sini? secara saintifik, geometrik, kiraan penakulan mantik, dan spiritual, semuanya tiada kaitan langsong. takde. nala. yilek.

aku tak tau ape kaitan antara aura yang dibuka oleh sesebuah payung di dalam rumah yg dapat menarik perhatian ular-ular di sekeliling kawasan untuk datang. kalau ada, national geographic, animal planet mahupun siri terjah abang nas harus bongkarkan kebenaran ini kepada semua.



begitu juga kaitan meludah time buang air besar dan faktor pelonggaran gigi selepas itu. apekahh?

banyak lagi sebenanye pantang larang yang funny dan lucu tapi aku just highlight mana yang aku ingat. aku rasa bukan orang melayu je, orang cina, india, iban, mexico semua pun ada. dan aku tak salahkan mak-mak, nenek-nenek kita yang percaya benda ni. aku cuma salahkan nenek-nenek dorang yang maybe zaman dulu takde facebook, twitter mahupon wii, jadi mereka menggunakan masa lapang yang ada dgn buat pertandingan siapa boleh reka pantang larang paling merepek.

p/s: walau ape pon, kite check blk dgn quran dan sunah. selagi apa yg kita buat tu tak melanggar syariah, aku rasa tak perlu kot ikut sangat pantang larang ni. adat je semua ni. renung-renungkan dan selamat beramal :p


5 comments:

potong kuku tu, sebab dah malam kan, so takut terluka tangan.

anak dara tu nyanyi tu, nanti syok sgt nyanyi, hangus sume benda.

makan dalam periuk tu, tak senonoh. tu jelah yg i tau. lain tak tau hehe

haha tapi zaman dulu ye la kot sbb malam pakai pelita. skang semua dah pakai lampu ikea.

tapi boleh je terus terang kan. dari cipta benda yg merepek2. hehe

Entah I never knw abt the pantang larang, yg I tau jgn mkn dlm periuk nnti cepat basi.. Hehehe

agree with nafs..

yg takle baring naik kaki tu tak elok coz kaki same level ngn kepala...

tapi btol gak nape tak terus terang je kan.. maybe kalau camni kite lagi takut kot..
ntah laaaa...

tapi kalau ade org tegur i n ckp tu pantang org tua2..i slalu reply "ala org tua tu dah takde dah skarang"
hahahaha..tak baik kan..

hahahha jahat gila sheera

Related Posts with Thumbnails

Followers

About The Blabber

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
he's just another joe you happen to meet on the streets, in your bio class, in the elevator of your apartment. you know him, and soon will forget where did u meet him. he's insignificant like that :)

Recent Comments

ShoutBox


ShoutMix chat widget

Popular Pages