blablablog

of facts and craps, news and views

Hari ni
Aku rasa macam nak hilang.

Nak hilang dari semua orang
Nak hilang dari korang korang
Nak pergi tempat takde orang kenal
Buat salah pun, takkan ada rasa kesal
Tempat ni buat aku rasa sesak
Perut senak, tekak muak

Aku sebenarnya macam dah letih
Ingatkan dah berjalan, tapi masih bertatih
Dah cuba berlari, tapi tak sampai-sampai
Dah cuba berenang, masih terkapai-kapai

Ini hidup aku, aku yang kena urus
Tapi aku mcm tak bole fikir dengan lurus
Benda kecik, nampak besar
Benda halus, nampak kasar

Mungkin aku perlukan sokongan
Mungkin bantuan, mungkin pertolongan
Yang tengah memberi memang ada
Tapi aku tak tau sampai bila

Sebab mak penah cakap, orang akan berubah
Hari ni baik, esok hilang dah
Walaupun aku benci nak mengaku
Aku rasa aku pun kadang-kadang macam tu

Aku bukan nak perhatian seratus peratus
Kan aku dah cakap, aku takleh fikir lurus
Cukuplah dengan orang berbisik kat aku dan pesan
'Takyah hilangkan diri, kitorang kan ada, kawan-kawan'


+faliqfahmie


just a quick update. happy chinese new year to those celebrating it, and happy belated valentine's day too. it was a nice 4-day holiday. went up to Kuching on Saturday, driving for 5 hours listening to scratched cds (yay) in the rain, got to meet up few friends in Kuching, went to the beach in Damai on Sunday, got back on Monday after another 5 hour driving and the same scratched cds, spent the day after with practically nothing productive at all, and today been working my ass off for tomorrow's audit. yikes!

wish me luck.

and oh, the champs league is back. hurah.
toodle do!

*taken from Cheng-cheng newly bought underwater-lomo-camera.





So I will be posting the 'strolling down the memory lane' series, sharing with the world, what I went through, as I grew up finding the meaning of life, love and friendship.

Here's a starter. The Kindergarten life ;)

1. Entered a kindergarten in Ampang when I was 5 (can't really recall the name).

2. Was among the few Malay kids in the class. Friendship back then wasn't about race or skin color. More to who had the coolest toys collection, he will get more friends.

3. What is equally fun as going to the kindergarten? The Bus Ride. It was like we were in our little confined world, with no supervision from the elderly whatsover.

4, When I was 6, daddy transferred me to a more Islamic kindergarten. Taski Abim Al-Huda. Prolly because the tadika was only a stone away from our house.

5. Learned more Islamic approaches here. The teachers were the ones with the burqa and stuff. But it didnt really matter as long as we enjoyed the teachings.

6. Crying wasn't really an embarrassment back then. I remember being pinched by the teacher for asking (yelling) for Milo instead of tea for the tea break. Girls around me comforted me.

7. My best friend back then was Shasha, a fat girl with frizzy hair and we enjoyed kicking each other.

8. Shasha was also my daycare-mate, as our parents put us and few more kids under the care of a nice lady, fondly known as Mak-Mak. (the last time I went to visit Mak-Mak few years back, she told me that Shasha is now a part-time model and about to get married with a doctor. Damn)

9. Parents weren't really music fans, so my first music influence was from Mak-Mak's youngest son's music collection: Damasutra and Iklim.

10. Favourite past times back then:

TOMY TURBO DASHBOARD

TRAIN SET

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


me and my sis :)

Adakah sudah tertulis di azali, bahwa MU akan menang lagi sekali?
(pantun tu, tepuk sikit)

Walaupun berbaki 12 perlawanan lagi, rata-rata penganalisis bolasepak EPL yg berdahi rata mengatakan bahawa MU akan potong tang corner dan akan memintas Chelsea yg kini hanya mendahului EPL dengan satu mata selepas tewas kepada Everton dua hari lepas.

Sebagai fan Chelsea yg tegar, aku agak terguris perasaan dan sanubari bile baca dailymail.co.uk yang awal2 dah predict MU menang EPL season ni. Sbab apa? Sbab Rooney tengah on-form. Chelsea pulak ada problem defensively. Brader John dengan masalah rumahtangga, abang Ashley Cole plak baru konfirm fractured ankle dan akan direhatkan sehingga tamat musim, dan Chelsea ada problems dealing with set-pieces. 16 gol dari total 22 gol bolos, semua dari set-pieces.

Dan kalau nak tengok the remaining matches, Chelsea ada game lawan Man City and Aston Villa at Home. Dan away to Old Trafford, White Hart Lane dan Anfield. Semua game yang Chelsea dijangka akan drop points. Dan MU cuma ada lawan Man City away. Home ada lawan Chelsea, Spurs dan Liverpool. Secara summary:

Kita tengok je la nanti ok. Haih.

salah satu perkara yg aku suka kompeni aku skang, dorang jaga welfare employee dorang.

sebagai contoh, kami dibekalkn dgn satu peket besa milo 3 in 1 tiap bulan. sangat berguna kalau time sengkek gaji tak masuk lagi, so bole bawak biskut kering dari rumah, simpan dalam beg laptop, petang2 buat milo dan cicah biskut sambil kunci pintu tak kasi orang nampak.

tp sebab aku ni dalam kategori manusia pemalas nak buat milo, satu peket besar tu mesti tak habis. aku rasa skang ada la dalam 4-5 peket lagi yg belum dibukak. bulan lepas aku baru kasi 1 peket kat Kak Hamidah, cleaner kitorang. rajin Kak Hamidah ni. buangkan sampah dari tong sampah aku, lap meja, kabinet aku, vakum kapet. buat kuih pon tere. aku denga mengurut pon dia tere. tp aku tak berani nak tanya.

dan dah mmg kebiasaan aku dari kecik, aku mmg suka ratah milo. kalau dulu, makan dgn roti.
masa kat asrama, tuang milo serbuk separuh gelas, letak air panas 2 titik, kacau. pastu makan. sdap bai. macam hot chocolate.

so tadi aku pon selamba turun bawah jumpa amoi jaga akaun sbb ada hal sikit. pastu pakcik yg kerja admin ni nampak la aku ratah milo peket ni. sambil berkata

"oh kamu pun suka makan milo ratah ya"

aku balas secara jinak dan matang "ya"

dia balas "sama la dengan saya masa muda-muda dulu"

aku pun senyum. bagusla perbuatan tak bererti aku ni dah membangkitkan nostalgia pakcik ni. so aku dah buat dia happy, mesti aku dapat pahala.

tapi boleh plak dia sambung lepas tu tanpa segan silu dan syak wasangka "tapi lepas tu saya tak buat dah. lepas kena kencing manis. sebab ratah milo la"

zas. aku pun senyum kelat. terima kasih pakcik admin.
lantas naik atas sambung buat kerja.

++++++++

petang tu aku kasi Kak Hamidah 3 peket besar milo aku.
"nah, hambik la kak. saya mmg tak minum milo."

shocking weyh. we lost to fcking everton.
spurs lost to wolves.
man u shud have lost against villa (thx to own goal by villa player)
and arsenal won against the fools.

damn damn.
not a good feeling.

but i can always take comfort with the fact that chelsea is still on top of the league.
1 point adrift from man u scums.

this season, the epl is getting crazier and the race is becoming more intense.
CMON CHELSEA!


korang rasa lapar sampai rasa nak makan meja kayu kat opis korang?
atau kalau dalam bahasa omputeh, you are so hungry that u can eat a horse?

well itu aku tgh rasa skang.
tskkkkk.



















trying hard to 'turn her on'?
hehe


TSP : Tan Sri Presiden


Nothing much to say. I think we owe this man our lives. I think Malaysia, as country, owes this man as well.

Thank you Tan Sri Hassan Marican.
Your legacy will always be remembered.

Tan Sri Hassan Marican steps down as PETRONAS Chairman today, after 21 years contributing sweats and blood to the FORTUNE 100 Company, and our country.

PETRONAS staff bid farewell to Tan Sri today, at KLCC lobby, with well wishes and tears flowing from majority of the crowd. Too bad I didnt have the privilege to be there

so semalam aku rasakan macam ada perubahan pada diri aku. bukan perubahan dari segi suara menjadi lebih jantan mahupun gatal-gatal nak tumbuh bulu di sesetengah tempat, tapi perubahan dari segi sikap, sifat dan habitat aku.


semuanya terjadi selepas proses pembersihan rumah semalam. aku berjaya mop lantai satu rumah, mop lantai toilet, sental lubang jamban, kemas katil, lipat baju dalam wardrobe, buang sampah, kemas peti ais, lap tingkap dan tv, dan susun kasut. setelah sekian lama aku duduk kat uma ni. so terasa satu pencapaian peribadi yang memberangsangkan. aku rasa macam aku dah jadi orang yang teratur dan tertib dalam kehidupan. ditambah2 lagi setelah kemenangan chelsea ke atas arsenal mlm tadi, segalanya berlaku seperti yg dirangka.

pagi tadi aku mulakan hari baru aku. biasanya aku akan tekan butang snooze sebanyak 8 kali. tapi pagi ini hanya 4. perubahan. aku tiba di pejabat 8.10am. biasanya dalam lingkungan 8.30 - 9.00. perubahan. aku mula menyukai perubahan ini.

kerja-kerja yg diberi bos aku siapkan dengan tenang tadi. assigments yg diberi tadi juga aku siapkan separuh, walaupn biasanya aku tak buat lansong. perubahan. sepanjang office hours aku tak bukak facebook pun. kental. perubahan. aku tahu aku akan menjadi manusia lebih berguna kepada kompeni dan negara dengan sikap sebegini cemerlang dan tampan.

petang lepas kerja aku cadang untuk kembali aktif berjoging. lelemak di perut harus disingkirkan sebelum ia tepu dan sebati. aku beli sebuku roti wholemeal. boikot nasi, makanan fastfood dan makanan berminyak utk sebulan. aku perlu kembali jalani hidup sihat. aku mesti.

jam pukul 6. krisis2 di tempat kerja aku tangani dengan professional. masa untuk pulang. misi harus dilaksanakan.

+++++++++++++++++++++

aku terjaga pukul 7.20pm.

jogging tah ke mana, hidup sihat tah ke mana.

aku tulis entry ni sambil mengunyah double cheese burger sambil menyumpah ketidaktegasan diri.

hampeh betol. kejap je rupenye perubahan ni. -_-

orang kata..

macam bawak lamborghini gallardo tapi tersangkut dalam jam
macam ada iphone yang latest tapi takde kredit
macam bawak wallet LV tapi takde duit
macam dating model tapi awek orang
macam ada astro Byond tapi kena tak bayor bil
macam ada laptop MAC tapi streamyx kena potong

semua tu sama la macam control game dari awal sampai habis tapi kalah
hampehhhhh
hahakk


CHELSEA - ARSENAL

Yellow Card
1 : 2

Red Card
0 : 0

Corners
4 : 8

Fouls
12 : 15

Offsides
7 : 1

Free Kicks
16 : 19

Subs
3 : 3

Possessions
42% : 58%

Score
2 : 0

Scorers
Droba (2) : 0

Points
3 : 0

apa pandang-pandang? haha

tetibe aku rasa nak bercakap pasal pantang. bukan pantang kaum ibu-ibu lepas bersalin, mahupun pantang bapa-bapa ketika isteri mengandung, apetah lagi ucapan 'pantang sungguh saya melihat gadis berhot pants hijau begitu. teruja!'. bukan yang itu. tapi pantang larang yang mak-mak, nenek-nenek, mak long mak ngah kita selalu tegur kalau kite ter langgar pantang itu.

benda alah ni ditrigger dengan perbualan aku dgn mak aku melalui fbchat semalam. (well aku kat sarawak, mak aku kat kl, so fbchat je tempat kami menyimpan dalam sentuhan).

ibu: along buat apa? (take note ayat skema beliau)
aku: baru lpas mandi. lek lek je. sambil potong kuku
ibu: ish. kan tak baik potong kuku malam-malam.
aku: hm. tapi, mengapa bu? (macam iklan susu)
ibu: ibu pun tak tau. tapi baik jangan.
aku: -_-"

larangan memotong kuku di waktu malam ni antara pantang larang melayu yang aku telah dibesarkan oleh. kalau kecik2 dulu, lepas kena sound pasti insaf seraya menonton doremon di tv1. skang ni bila dah besa sikit, aku mula bertanya relevansi kepada pantang larang yg apparently kite sangat taksub.

  • anak dara jgn nyanyi kat dapor time masak, nanti dapat laki tua.
  • jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk.
  • jangan makan dalam periuk, nanti susah dapat rezeki.
  • kalau time buang air besar, jangan meludah, nanti gigi patah dalam masa terdekat.
  • kalau meniarap, jangan menyabung kaki, nanti mak mati.

korang nampak tak kemerepekkan yang telah berlaku di sini? secara saintifik, geometrik, kiraan penakulan mantik, dan spiritual, semuanya tiada kaitan langsong. takde. nala. yilek.

aku tak tau ape kaitan antara aura yang dibuka oleh sesebuah payung di dalam rumah yg dapat menarik perhatian ular-ular di sekeliling kawasan untuk datang. kalau ada, national geographic, animal planet mahupun siri terjah abang nas harus bongkarkan kebenaran ini kepada semua.



begitu juga kaitan meludah time buang air besar dan faktor pelonggaran gigi selepas itu. apekahh?

banyak lagi sebenanye pantang larang yang funny dan lucu tapi aku just highlight mana yang aku ingat. aku rasa bukan orang melayu je, orang cina, india, iban, mexico semua pun ada. dan aku tak salahkan mak-mak, nenek-nenek kita yang percaya benda ni. aku cuma salahkan nenek-nenek dorang yang maybe zaman dulu takde facebook, twitter mahupon wii, jadi mereka menggunakan masa lapang yang ada dgn buat pertandingan siapa boleh reka pantang larang paling merepek.

p/s: walau ape pon, kite check blk dgn quran dan sunah. selagi apa yg kita buat tu tak melanggar syariah, aku rasa tak perlu kot ikut sangat pantang larang ni. adat je semua ni. renung-renungkan dan selamat beramal :p


I guess everyone knows that I'm still single.

most of them know that I'm still single because I'm a non-committal
few of them know that I'm still single because I'm a picky bastard
but no one knows that I'm still single because I haven't found someone like you.

someone told me
that the reason why people search for their soulmates is because no matter what shit u have been thru, no matter if u have reached the bottom of the pit, u know at the end of the day, there will be always someone u can always run to, and that someone can make everything be ok again.

and thus far, ur the best 'that someone' I've ever had.

:)


So saga brader John Terry yang panas di media-media elektronik, di dada-dada akhbar dan dada-dada penyokong Chelsea macam aku berakhir hari ni dengan Pakcik Capelo menggugurkan title kapitan squad England dari brader John secara serta-merta. Dan paling best Pakcik Capelo hanya perlukan 12 minit utk melakukan aktiviti cantas yg kejam itu. Fuh, 12 minit bai. Meeting makcik-makcik Rukun Tetangga yg bincang pasal aktiviti marhaban di kawasan perumahan pon paling koman satu jam.


Pendebatan tentang pengguguran brader John sangatlah panas di England, ada yang sokong dan ada yang ragui (standard la kan). Yang sokong sangat brader John ni kena lucut jawatan kapitan biasanya fan-fan Mancister United dan Libeful, mahupun Queens Park Rangers, yang denki sbb brader John jadi kapitan, dan dorang nak player dorang yg jadi kapitan England. Yang sapot brader John untuk menten getah lengan (armband) biasanya suporter Chelsea mcm aku, dan brader-brader yang sokong aktiviti pencurangan terhadap bini dengan model bra. Heh, sinis bukan.

Walau ape pon, pakcik Capello dah buat keputusan. Sebarang demostrasi jalanan dengan memegang kepala lembu tidak akan dilayan. Walaupun aku rasa sedih dan sedikit keciwa, tp ini pengajaran kepada brader John, dan juga player-player lain, untuk sentiasa menjaga perilaku dan tatatertib diri ketika di luar padang. Kita baru tengok encik Harimau Hutan dengan cerita skandal beliau dan betapa kejadian begitu sangat menjejaskan nama baik encik Rimau dan daripada saorang idola, menjadi bahan jenaka di kedai kopi dan pantri pejabat.

Well apparently England's armband is not the only thing that John has lost. Respects, friends, fans, some sponsorship deals and might as well his wife.

Aku cuma harap bendalah ini tak menjejaskan mutu prestasi brader John sewaktu memakai jersey biru Samsung. Mutu prestasi time pakai jersey putih tiga singa aku tak kesah sangat sbb aku tak sapot England pon, aku sokong Jerman bebeh. Dan harapan aku, brader John dapat pujuk bini dia supaya jgn sign surat cerai tu. Tu yang beliau sanggop tak main utk match FA Cup lawan Cardiff, dan pegi Dubai utk pujuk kak Toni yg merajuk ala-ala manja kat sana. Good luck John.


ku lalui tiap hari dan hari

untuk mengisi kelongsong-kelongsong memori
akan ada cerita untuk dikongsi
akan ada kisah untuk dipelajari

tiap kelongsong ada cerita
ada ceria, ada yang lara
jangan pernah buang semua
suka duka, semua ada makna

ada rakan pernah bertanya
kan elok dibuang saja
cerita lama yang bawa duka
hanya memberi perit di dada

aku senyum, "wahai sahabat,
kan yg tawar itu selalunya ubat,
ubat yang buat kita jadi kuat,
ubat untuk kita selalu beringat"

kelongsong-kelongsong ini juga sangat bermakna
untuk mengingatkan jikalau terlupa
waktu berubah, manusia pun juga
perasaan, sifat, mungkin dah tak sama

itulah guna kelongsong-kelongsong ini
untuk manusia mengimbas kembali
tangan yang mana membantu berdiri
jiwa yang mana pernah menyakiti

kelongsong-kelongsong ini tidak akan penuh
kekuatan ingatan ini cuba untuk tidak jenuh
kerana cerita suka duka, ini cerita aku
untuk diceritakan kepada anak cucu




p/s: vindaloo is an Indian dish. :)

Recalling back the recent murder case of an Indian-citizen student, Nitin Garg, in Melbourne, early this year, we have seen the bilateral relationships between both countries on the rocks with Indian govt condemned the constant racist attacks on its citizen studying in Australia.

Nearly 100 cases of attacks on Indians had been reported in Australia in 2009 as against 17 incidents of assaults in 2008.

But, Garg, who was the first Indian to be attacked this year, had been the only victim of such assaults to succumb to his injuries.

source: ndtv.com

But one woman, Mia Northrop, an Australian citizen, determines to show the Indian community, and the world, that Australians are not all racists and hostile. As such, she comes up with the idea of 'Vindaloo against Violence' event which urged Melburnians to dine at their local Indian restaurant on February 24th as a way to show solidarity with the city's Indian community.

"The idea is simply for everyday people to come together to support their immigrant communities in a very Melbourne way: through great food," Ms Northrop writes on her website.

"Let’s signal to the Indian media and other international observers that everyday Australians do not accept racially motivated violence and racism."


“We ’ve got people from Tennessee and Vancouver and Singapore and Hong Kong saying ‘We ’re going to do it here’,” she said.
So, Malaysia, what are we waiting for. Let's hit the mamak stalls/restaurants on the Feb 24th, and order our favourite Indian dish. Be it roti canai, tandoori, garlic naan, chapati, tosai or curry, it doesnt matter, as long as we're doing it in a mass to show our support for racial harmony, not only in Australia, but also in our beloved country as well. And after all, we all do love Indian food right? :)

facebook event: http://www.facebook.com/event.php?eid=266109388050&ref=mf






This Friday's a special day for the club's official television channel as it celebrates one of the greatest Blues to wear the Chelsea shirt.

No one can underestimate the influence Frank Lampard has had on the side since his arrival in 2001 and Chelsea TV will be honouring the midfield maestro with Lampard Day.

That means our vice-captain will field questions from fans during the live phone-in on Frank Night Live from 6.30pm, hosted by Jason Cundy.

source: chelseafc.com

urgh.

takde timing yang lagi perfect ke.
kulit aku gelupas lepas sunburn kat KK last weekend.

pastu semalam and kelmarin, aku ada regional meeting dengan whole sarawak punya dealers.
dahla kena jadi emcee, and ada slot aku kena buat presentation.

sadis. sadis.

jenuh nak menjawab bila orang tanya

"u salah pakai alat kecantikan muka ke"
"u ada penyakit kulit ke"
"u pakai facial mask malam tadi and lupa nak bukak ke"
"muka u macam alien. kulit terkopak-kopak"


dengan senyum tawar semua aku jawab "er takla, i kena sunburn aritu"

ramai-ramai "ooooo"

-_-"

now aku dah tak tau nak buat apa.
ada yg suruh aku beli lotion, sapu
ada yg cakap biar je. let nature does its course.

tp tangan aku ni gataaaaal je nak kopek-kopek.
now muka compang-camping cenggini, malas plak aku nak jumpa sape sape.
huhu






Kelab/Parti

1. masing2 ada warna dan logo tersendiri, yg membezakan dgn pihak musuh.

2. kalau kena time musim dia, bendera-bendera akan berkibar, status facebook akan meriah, profile picture pun semua bendera/logo kelab/parti yg disokong.

3. true fans tidak akan menyokong individu semata2, tapi setia pada kelab/parti disokong. maknanya walaupun ada pemain/ahli politik yg berhijrah, kesetiaan kpd kelab/parti masih utuh, jitu dan saksama.

4. tidak mustahil untuk key figure/player untuk kelab/parti yang kita sokong berhijrah ke kelab/parti lawan. dan ini sangatlah dibenci dan secara otomatis kita akan menggelar mereka pengkhianat atau kalau nak rasa macam tere english sikit, ''traitor''

5. dan walau berapa byk alasan yg dorang kasi untuk berpindah, kebanyakkannya sbb $$$ :p

Penyokong

1. penyokong yang betul2 fanatic tidak akan bertukar kelab/parti. kalau ada, mungkin akan dipandang sinis oleh masyarakat setempat dan sahabat handai mahupun jauh atau dekat.

2. tahap kefanatikan seseorang itu terhadap kelab/parti yg disokong kadangkala boleh menjurus ke arah pergaduhan dan aktiviti carut-mencarut secara perseorangan mahupun secara beregu.

3. penyokong wanita? hmm watak sampingan je. apa jua pandangan mereka tidak pernah diambil serius oleh kaum lelaki.

4. pertalian anak-bapak, bos-kuli, pakwe-makwe, kawan-kawan biasanya akan sikit terjejas kalau masing2 menyokong kelab/parti yang berbeza.

5. finally, walau apa pon terjadi, walau ramai mana supporter, walau hebat mana laungan sokongan, at the end of the day, the results matter most. kalau tere memekak dalam internet tp kelab/parti yg disokong kalah, baik tapayah. :p



p/s: gambar hanya ilustrasi. tiada kena mengene dengan yg hidup mahupun yg berada di tengah2 liga

So hari ni 1st Februari.


Time orang-orang KL duduk relaks kat rumah tengok cerita Adnan Sempit cetak rompak, aku plak kene kerja, kena officiate station opening sambil bagi ucapan. Fine, takpe. Tunggu 16 September nanti, hari Sabah Sarawak, mmg aku jogging bogel dalam rumah sambil twitter perlakuan tak senonoh aku itu.

So Januari dah lepas. Macam-macam kes. Busy betul wartawan kita, pak polisi, pak pak menteri, blogger-blogger, semua busy. One of the busiest Januaries aku rasa thus far. Awal-awal tahun dah kecoh pasal gereja kena bakar dan serang. Kalau satu dua, ok lagi. Ni sampai 11.
Pastu kuil Sikh pulak kena serang. Then kes tingkap surau kena pecah. And finale pasal kepala babi hutan kat masjid. Takde keje betul la dorang ni.

Pastu kes Hani Tarmizi dan penghinaan beliau di fb terhadap gadis-gadis Sarawak. Dan finally kes Aduka Taruna dan penghinaan terhadap Sultan Johor. Semua ni hot talking points among rakyat.

So aku rasa, dah-dahla tu. Cukup-cukup la. The keyword yg perlu kite masukkan dalam pala hotak kita yg berjambul ni cuma satu je: RESPECT. That is what we lack. Respect the differences among us, respect other ppl without throwing judgmental remarks generally, respect agama orang lain, respect sistem kesultanan, dan kalau takleh juga, respect diri sendiri cukup.

Memangla lepaskan marah tu senang. Memangla nak cari publisiti tu senang. Tapi consequences dia kena pikir jugak.

Dari korang pikir mcmana nak kutuk orang lain dalam next blog korang, better pikir rumah mane yg paling best utk kita pergi Chinese New Year ni. Yang paling banyak dapat angpow. Itu laaaaagi best. Kan? :)

Related Posts with Thumbnails

Followers

About The Blabber

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
he's just another joe you happen to meet on the streets, in your bio class, in the elevator of your apartment. you know him, and soon will forget where did u meet him. he's insignificant like that :)
There was an error in this gadget

Recent Comments

ShoutBox


ShoutMix chat widget