Jam menunjukkan tepat 8 malam.
Aku capai songkok atas almari baju dan terus menyarung selipar Quiksilver yang dah lusuh dan bertanah.
Sejurus selepas aku melepasi pintu pagar masjid, azan Isyak dialunkan, memanggil sekalian umat Islam untuk menuju kemenangan.
"Fuh sempat lagi"
Kaki kanan dianjakkan melewati bendul pintu masjid. Anak-anak kecil berlari keluar masuk.
Ah saf masih kosong. Masjid sebesar ini, walau hanya 4 saf yang penuh, tetap terasa ramai.
Sang Bilal memanggil kami. Sang Imam mengajak kami ke saf.
Agak panas cuaca malam ini, peluh ku menitik setitis dua.
Selesai 4 yang wajib itu, aku duduk menanti yang sunat pula.
Sedang fikiran masih merewang, terdengar:
"ALLAHUMA SOLIA'ALA MUHAMMAD''
Ahh. Aku kaku. Betapa rindunya aku kepada ungkapan itu.
Setahun menunggu, dan wirid terawih itu telah membuktikan, telah memastikan, yang Ramadhan tiba lagi.
Dan aku harap aku akan terus dapat mendengar wirid itu, sehingga ke malam yang pengakhir. Insha Allah.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
2 comments:
saya nak duit raya nanti
kthnxbai
Gi masjid pakai slipar quicksilver?x kna curik ke?heehe
Post a Comment