blablablog

of facts and craps, news and views

Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, kita berkesempatan untuk menjalani bulan yang memang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.

Aku konfirm, Ramadhan yang lepas-lepas ada memberi sejuta satu kenangan dekat korang. Bulan yang mencabar, bulan orang buat duit, bulan orang pakai duit, bulan reunion, bulan orang nak belajar berhenti merokok, bulan orang nak cuba kuruskan badan, bulan orang putus jari main mercun. Macam-macam definisi ada.

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang kedua aku sambut di Johor Bahru. Walaupun secara teknikalnya sekarang aku dekat Keramat kerana memang dah jadi tradisi keluarga utk bersahur, berpuasa dan buka puasa (aku masih ralat nak guna perkataan iftar) pada hari pertama dengan family.

Kenangan aku pada Ramadhan-Ramadhan lepas tak banyak beza dengan korang, aku rasa. Kalau masa kecik, dijanjikan seringgit satu hari puasa penuh oleh parents aku. Kalau masuk zaman sekolah rendah, zaman selalu ke tandas basuh muka dan berkumur (ada la setitik dua air kumuran tu yang mencecah tekak). Masuk zaman sekolah menengah pulak since aku sekolah asrama, bersahur dan berbuka puasa ramai-ramai di dining hall tu perkara wajib.

Sehinggalah ke zaman uni, kalau masa sengkek tu, pergi bazaar je beli satu jenis juadah main course, berselang selikan dessert yang berupa kuih muih tempatan. Dan paling aku ingat masa aku berpuasa di Sibu Sarawak utk 2 tahun sebab aku posting kat sana. Pukul 6.45pm dah masuk waktu. Memang syok tapi hari-hari buka sorang sbb kat sana colleague pun takde sangat.

And for sure, antara benda yang paling famous di bulan Ramadhan ni ialah Bazaar Ramadhan (aku masih belum ready nak pakai term PARAM) dia dan segala kuih muih, lauk pauk yang ada. Murtabak, air katira, ayam percik, even kurma pakcik Yusof Taiyob pun akan kembali femes bila bulan puasa.

Dan of course, bulan ni la bulan kita beramal. Bukan nak jadi poyo tapi kalau sebulan ni pun korang takleh nak beramal lebih sikit dari 11 bulan yang lain, susah lah aku nak cakap. Zaman kekecik dulu pergi terawih sebab nak usha awek. Sekarang pun ada lagi sentimen tu tapi dah berkurang sebab awek-awek baya aku yang datang pun mesti dah kahwin ha ha.

Apapun, jadikanla Ramadhan kali ini Ramadhan yang bererti. Kalau nak beli juadah, beringatlah, jangan sampai membazir. Kalau nak main mercun, berwaspadalah jangan sampai terbakar rumah. Ambik kesempatan ni utk banyakkan amalan. Masa ni jugak utk kita buat reunion ke, mini reunion ke dengan member2 lama. Makin tua korang, makin susah nak jumpa kawan-kawan lama duduk setable borak-borak. And kepada yang berpuasa di perantauan tu, aku respek korang. Bukan senang nak adapt esp kalau first time.

So, selamat berpuasa lah ye. Semoga amalan kita semua diberkati :)

1 comments:

Ramadhan paling best lah kalau kat asrama. Mcm2 karenah. Ada member jadikan bilik sebagai "dapur haram" sebab nak save cost untuk raya. Tapi memang best lah.

Related Posts with Thumbnails

Followers

About The Blabber

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
he's just another joe you happen to meet on the streets, in your bio class, in the elevator of your apartment. you know him, and soon will forget where did u meet him. he's insignificant like that :)

Recent Comments

ShoutBox


ShoutMix chat widget

Popular Pages