Bersambung dari entry aku yang sebelum ni, aku dah kumpul 10 sebab kenapa aku suka Twitter. Dan aku tak dapat nak lari dari bandingkan Twitter dengan Facebook untuk entry ni sebab kehampehan Facebook adalah antara faktor utama aku lari ke Twitter.
1. Takde notification2 yang semak.
Tension kan kalau kau komen satu gambar atau komen status someone, berpuluh notification akan menyusul kalau orang lain pun menyemak nak komen sama. Tapi kau siapa nak halang orang lain dari komen status atau gambar member kau tu? Tau takpe.
2. Takde orang nak tag kau dekat gambar kasut, corset, atau Rahsia Peribadi Mengikut Tarikh Lahir.
Spam-spam adalah sangat minimal kalau dekat Twitter. Yang ada mungkin bot-bot sakai yang secara random suruh kau click link atau wordbots yang akan sibuk2 mention kau kalau kau ada sebut some key word macam Justin Bieber, Ipad, mahupun fart. Tapi tak seannoying photo tags dekat Facebook, semestinya.
3. Kau bebas menjadi kau.
Apa maksud ni? Haa kalau dekat Twitter, kau boleh tweet apa yg kau suka. Nak cakap kau ponteng kerja ke, pergi clubbing ke, pergi konsert ke atau apa apa lagi la perkara yang tak berfaedah dari mata masyarakat Hadhari ni, semua boleh dalam Twitter sebab (buat masa ini) takde lagi bos-bos, mak-bapak, atuk-nenet, mak lang, pak teh, tok su kau yang ada Twitter. Tapi kalau dalam Facebook? Nak upload gambar party pun kena hide. Hee.
4. Spam timeline orang tanpa rasa bersalah.
Kalau dekat Twitter, ikut sukahati jari gemok kau la kau nak tweet setiap seminit ke, 2 minit ke sebab mostly orang lain pun buat yang sama. Tapi kalau dekat Facebook atau BBM, kalau kau tukar status setiap minit, nak makan nasik pun nak cakap, nak berak cangkung pun nak cakap, nak salin spender pun nak cakap, mesti kau makin kurang kawan lepas tu.
5. Kau dapat borak dengan artis.
Walaupun Malaysia ni kecik, tapi kebarangkalian utk kau bersembang apatah lagi bertepuk dahi dengan artis-artis adalah sangat kecil, melainkan artis tu adalah kakak kau atau kawan kau dari sekolah. Kalau dekat Facebook pun, most of their fanpages are monitored/handled by others. Hanya dalam Twitter la kau dapat sembang-sembang, tanya khabar, tengok artis tweet apa yang dorang buat, apa yang dorang fikir, apa yang dorang rasa and korang baru tau yang dorang ni pun manusia biasa jugak macam kita. Antara artis yang aku rasa sempoi melayan peminat adalah @altimet, @ImranAjmain, @TizTizTiz, @schaalyahya, @aznilnawawi, @Adeep_Nahar, @juliana_evans, @RockeRina dan ramai lagi sebenarnya. Tapi artis Hollywood tu takyahla korang mengada nak try sembang. Memang harapan la dorang nak reply.
6. Berita lagi cepat dari Mak Jah sebelah rumah.
Yang ni benda betul. Kalau kau follow the right people, the right account, kau akan dapat berita lagi cepat dari media lain. Tak kisah la berita dalam negeri ke, berita luar negara ke, gerenti kau dapat tau cepat. Banyak contoh dia yang aku boleh ingat, macam Tsunami dekat Jepun, pembunuhan Osama, turun-naik harga minyak, Rebecca Black. Twitter dah kecoh2, dekat Facebook atau website lain barulah nak terkemut-kemut update. Lembs.
7. Twitter = Radio + TV dalam bentuk teks.
Kau nak tau update tentang keadaan trafik di area KL? Follow @kltraffic. Nak tau kat mana ada roadblock? Follow @KLroadblock. Keadaan jalanraya di luar KL dan di lebuhraya? Follow @amptraffic @plustrafik. And kalau korang kat luar dan takde tv tapi nak tau perkembangan terbaru macam Anugerah Juara Lagu ke, Anugerah Bintang Popular ke, Showdown ke, football matches ke, Royal Wedding ke, mahupun Melodi, Buletin Utama dan Nora Elena sekalipun, semua ada dekat timeline. Senang kan? Cuma guna imaginasi korang lah.
8. #hashtag fever.
Ape itu hashtag? Haa hashtag atau trending topic ni antara sebab kenapa aku suka gila dengan Twitter. Tak kisahla worldwide ataupun local, hashtag ni macam topic atau word yang sorang comes up with dan orang lain akan guna kreativiti dorang utk guna ayat dari hashtag ni. Cool weh. And otai twitter kita @bongkersz penah cipta rekod buat hashtag #yorais dan jadi nombor 3 trending worldwide. Aku pun bernasib baik pernah buat hashtag #tweetmovies dan jadi trending worldwide nombor 1 for few hours. :D
9. Quote-pushers.
Untuk orang-orang yang suka quotes macam aku, tak kisahlah motivating ones, the funny ones, or even the corny ones, mesti akan suka dengan Twitter sebab some accounts memang famous dengan quote dorang mcm @DamnItsTrue, @BestFilmQuotes, @Lord_Voldemort7, @funnyordie and banyak lagi la dowh.
10. Because Twitter brings people together.
Honestly, Twitter is the best medium for people to connect with each other, for now. Especially people with the same interests, weh. Football clubs ke, photography ke, music ke, fan clubs ke, Twitter mmg the best. Walaupun Facebook ada fanpages and groups, interaction among people dalam Twitter lagi gempak. And kalau bukan sebab Twitter, aku still takde kawan laki sampai sekarang. Gila ke nak add laki yang kau tak kenal dekat Facebook? Dalam Twitter takpe. And berapa ramai kapel dlm Twitter, orang dapat project sebab Twitter, jadi geng kamcing thru Twitter? Banyakk wokkk.
So all in all, setakat ni Twitter mmg change kehidupan aku in so many ways. Despite all the stupid dramas, friendship yang aku dapat dari Twitter memang priceless siot.
Jadi kalau korang takde Twitter lagi, sign up la cepat dan follow aku @faliqfahmie. (kecuali kalau korang bos aku atau family members. Haha kidding)
3 comments:
Good point but I have to disagree with Hollywood celebrity not responding to our tweets. so far i have at least 5 western celebrities that reply and retweet my tweets. :)and some even follow me
yeay dapat baca...agree dengan semua point u lah..ahahahah...skrg pon kureng dah bukak FB kalau bukak pon sbb bisness..hehehe...tweet mmg best..bebas dari semua yg muka baik tapi blkg kutuk mengata...
Alia: Good for you. I banyak kali tweet dekat pornstars tapi tak pernah diorang reply. *sadface*
Iva: Yg itu tak semestinya betul. Ada jugak dekat Twitter yang mulut longkang. Just becareful la. Orang jenis ni kat semua era ada, kat semua medium ada. :)
Post a Comment